Pengalaman bersama Kapsul Dansheng Plus
Saya berumur 40 tahun, lelaki, tiada masalah kesihatan sebelum ini, sudah berhenti merokok selama 13 tahun, kolesterol total 5.5 mmol/L, HDL 1.4, LDL 3.6 mmol/L.
Pada 26/06/2014 saya telah disahkan mendapat serangan jantung ( Acute Inferior Mycardial Infarction), sehari berada wad rawatan rapi, 4 hari berada di wad jantung, berada bersama rakan yang juga disahkan sakit jantung membuatkan saya berfikir apakah kesudahan saya. Disebabkan cerita-cerita mengenai sakit jantung yang tiada penawarnya. Hari-hari berikutnya saya dikunjungi oleh beberapa orang staf daripada bahagian penjagaan makanan, cara senaman, dan juga bahagian farmasi ( ubat-ubatan), apabila diterangkan kepada saya bahawa ada 7 ubat kesemuanya yang saya perlukan dan sebahagianya adalah untuk sepanjang hayat saya. Saya tidak mampu untuk memikirkan apa-apa, yang saya tahu saya terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan ini dan beliau tidak lupa memberi tahu saya bahawa ubatan ini sememangnya akan memberi kesan sampingan kepada buah pinggang dan hati. bagaikan Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah perasaan saya, apa tidaknya sudahlah terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan yang mana ubatan ini pula akan memberikan kesan sampingan. Tidak makan ubat nanti akan lebih teruk penyakit jantung saya, makan pula akan memberi kesan sampingan. Akhirnya begitulah, saya menerima hakikat ini dengan perasaan yang bercampur-campur, gembira ada ubat, sedih kerana ada kesan sampingan. Namun begitu hidup ini harus diteruskan juga.
Pada 31/07/2014 saya telah menjalani angiogram doktor menyatakan bahawa salur darah bahagian kiri jantung saya telah tersumbat sebanyak 40% dan saya hanya perlu mengambil ubat sahaja untuk mengawal masalah jantung saya. Namun begitu harapan kembali cerah apabila saya diperkenalkan dengan Kapsul Danshen Plus. Selepas mengambil Kapsul Danshen Plus sebanyak 6
botol saya telah merasakan banyak perubahan dalam diri saya. Saya sudah tidak merasa ketat dada apabila bangun pagi, rasa mencucuk-cucuk, rasa lenguh dibahagian tangan kanan, rasa lemah badan dan sebagainya beransur-ansur kurang. saya juga telah didaftarkan didalam program rehabilitation peskit jantung di hospital Besar Kuala Terengganu. Sepanjang saya menjalani latihan tersebut saya telah berlari, mengayuh basikal, dan beberapa aktiviti aerobik yang lain. Alhamdulillah saya telah mencapai target dengupan jantung maksimum saya iaitu 135 perminit tanpa saya merasa sakit dibahagian dada dan bahagian badan yang lain. Inilah pengalaman saya yang saya boleh kongsikan dengan tuan dan puan setelah saya mengambil Kapsul Danshen Plus.
Pada 25/11/2014 saya telah menemui doktor untuk pemeriksaan susulan. Alhamdulillah doktor memberitahu saya buah pinggang dan hati saya menunjukkan perkembangan yang baik, jika keadaan ini berterusan, Insyaallah pada bulan April 2015 nanti jumlah ubat yang akan saya ambil akan dikurangkan daripada jumlah sekarang. Alhamdulillah sekali lagi, ini adalah satu perkembangan yang sangat baik untuk saya. Saya telah mencuba dan mengamalkan Kapsul Dabshen Plus sehingga sekarang, Alhamdulillah, dengan izin Allah perubahan yang saya alami sangat positif. Harapan saya anda juga akan begitu juga. Berusahalah untuk memberi yang terbaik bagi kesihatan anda. Sebenarnya ramai yang telah kembali mendapat kehidupan mereka setelah mengambil Kapsul Danshen Plus ini. Sekali lagi semoga anda juga akan menadapat kembali kehidupan anda dengan mengamalkan Kapsul Danshen Plus ini InsyaAllah.
Tasly kapsul Danshen Plus, amat berkesan untuk membantu merawat masalah jantung dan beberapa penyakit kronik yang lain, 100 % daripada herba, terbukti secara klinikal, mendapat pengesahan FDA, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Sijil Halal Malaysia.